Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 5 November 2012

Puisi : Cintaku padamu

 
 
Mengapa engkau ku kenal
Dan mengapa pula aku ini mencintai mu
Seakan aku tak bisa hidup tanpa mu  
Kerna cuma kamu lah yang ada dalam hati ku

Tapi
Semua sia-sia yang telah aku lakukan
Pada mu kasih
Tak terbayang kan oleh ku

Kau telah pergi
Dimana kah perasaan mu
Kepada ku kasih

Kini cinta ku
Tak terbalaskan oleh mu 
Kerna kau tak mengerti
Bagaimana perasaan ku pada mu

Dan semua akan ku simpan
Di dalam hati ku  
Meski kau tak pantas 
Untuk aku cintai
read more...

Puisi : Patah Hati

 
 
 
Mungkin aku bukan orang yang kau pilih
Mungkin cintamu bukan untukku
Namun aku cuba
Untuk menerima sakit hati yang kau
tinggalkan
Semua telah aku berikan hanya untukmu
 
Semua yang kau inginkan dariku
Semua telah aku lakukan hanya untukmu
Semua yang kau mau dariku
Aku tak boleh hidup tanpa dirimu
 
Aku tak pernah lupakanmu
Aku tak boleh
melihat dirimu bersama dirinya
Aku tak pernah menghilangkanmu  
Dari fikiranku
read more...

Puisi : Mengapa aku harus kehilangannya





Mengapa aku harus kehilangannya
Kini aku tak mengerti
Hatiku kini retak,remuk dan hancur
Dulu hatiku yang selalu senang saat bersamanya
Kini hilang harapan itu
Dia pergi
Pergi jauh dari hidupku

Seharusnya aku harus ikhlaskannya
Tapi tak boleh

Air mataku terus mengalir dan membasahi pipiku
Sekarang fikiranku hanya bagaimana boleh menyusulnya
Aku kehilangan jati diriku saat ini kerna dia
Aku hanya boleh menangis dan menangisinya
Menjerit dan rasa penyesalan yang dalam
Mengapa ku tak nyatakan rasaku padanya

Dia pergi, Dia pergi, tinggalkanku, hanya itu ucapku
Dulu waktu aku ingin ungkapkan rasaku padanya
Ternyata Dia sudah membenci dan memarahiku
Kini dia milik orang yang mencintainya
Haruskah ku rosakkannya
Tak mungkin, kini dia bahagia dengan pilihan keluarganya
Dan hari ini, saatku berencana ingin ucapkan rasaku
Tiba-tiba aku dengar dia telah diijabkabulkan
Tak terlintas difikiranku, bahawa hari ini akan menjadi hari kelabu bagiku
read more...

Puisi : Perbezaan ini


Merasa bersalah
Salah pengertian

Terbebani dalam hati

Salah sangka

Tak bisa mengelak

Sungguh diri ini tak sanggup menghadapi


Kau dan aku

Berbeza satu sama lain

Hatiku dan hatimu, pun beza

Sungguh perbezaan ini

Jangan kau jadikan beban diri


Terbebani, dalam diri ini menjadi – jadi

Menghujam dalam – dalam

Menusuk hingga rongga terdalam

Sungguh tekanan ini tak sanggup terkendali

Ku mohon, perbezaan ini jangan kau teruskan
read more...

Puisi : Luka di hati

http://ummuayman.files.wordpress.com/2010/05/hati-luka.jpg 
impian 
Aku sedih dengan ukiran yang indah memuja akan dunia
Luka yang memahat
Luka yang begitu menusuk

Luka yang yang menghujam jantungku

Tapi tidak ada yang tahu bahawa aku kecewa dalam cerita

Sampai untuk berfikir tentang cinta

Dengan hati bukan mata rasakan cinta
Untuk kehilangan akal sihat
Dan untuk membuat aku tenggelam


Tenggelam dalam kesedihan

Tenggelam dalam kepedihan dan kehancuran
Dengan semua Janji-janji palsu mu
Membuat sayap ini patah dan mati

Aku menangis meratapi takdir
Merasa seakan dunia ini tak bererti lagi
Dan kini hanya kesedihan, kekecewaan yang menemaniku
Cinta ini sungguh aku tidak mengerti

read more...

Makam Rasulullah akan diroboh

Makam Rasulullah akan diroboh


MADINAH: Tiga masjid tertua dunia, termasuk makam Nabi Muhammad (SAW) akan dimusnahkan apabila Arab Saudi meneruskan rancangan untuk meluaskan kawasan Masjid Nabawi.

Kerja pembinaan di masjid kedua paling suci itu di Madinah, tempat Rasulullah (SAW) dimakamkan, dijadual bermula bulan depan.

Akhbar The Independent melaporkan, berdasarkan pelan cadangan, kawasan itu akan dibangunkan semula, termasuk pembinaan masjid yang boleh memuatkan 1.6 juta jemaah.


Pembinaan semula itu dijadual dilakukan di bahagian barat masjid sedia ada. Selain makam Nabi (SAW), kawasan itu juga menempatkan makam Saidina Abu Bakar dan Omar.

Di luar tembok bahagian barat perkarangan yang ada sekarang ialah masjid yang diabadikan kepada Abu Bakar, Omar dan Masjid Ghamama yang dibina bagi menandakan tempat Rasulullah (SAW) dipercayai menunaikan solat pertama hari raya. Pihak berkuasa Arab Saudi tidak mengumumkan sebarang rancangan untuk mengekalkan ketiga-tiga masjid itu yang wujud sejak abad ketujuh, lapor The Independent.


Negara itu membelanjakan berbilion dolar untuk membangunkan Makkah dalam usaha untuk membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan ibadah haji dan umrah.


Lebih 10 juta orang mengunjungi bandar suci itu sepanjang tahun untuk melaksanakan ibadah berkenaan. Pada musim haji baru-baru ini, kira-kira empat juta orang menunaikan rukun Islam kelima itu.

Ini bukan kali pertama pihak berkuasa Arab Saudi meruntuhkan kawasan bersejarah di Makkah dan Madinah bagi projek pembangunan semula.


Negara itu meruntuhkan Kubu Ajyad yang dibina pada era Uthamniyah untuk projek komp- leks Jabal Omar. Ia juga melaksanakan projek pembangunan baru di tempat kelahiran Rasulullah (SAW) serta rumah isteri pertama baginda, Saidatina Khadijah.

Institut Teluk yang berpusat di Washington menganggarkan, 95 peratus daripada 1,000 bangunan lama di kedua-dua bandar suci berkenaan dimusnahkan sejak 20 tahun lalu. - Agensi


Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/05
read more...