Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 1 September 2010

Panglima beraya di perbatasan

KOTA BHARU 30 Ogos - Lazimnya anggota tentera yang bertugas di perbatasan ketika Hari Raya Aidilfitri hanya menyambutnya bersama rakan sepasukan.

Bagaimanapun pada tahun ini sambutannya berbeza apabila mereka bakal disertai oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd. Zin dan panglima tentera darat yang lain.

Zulkifeli berkata, ia bukan satu amalan baru tetapi menjadi pendekatan kepimpinannya untuk melibatkan kesemua panglima di bawah sayap tentera darat bersama-sama mendampingi anggota yang sedang bertugas.

"Pada 1 Syawal saya akan menyambut lebaran bersama anggota yang sedang bertugas di Perak, saya akan bersama-sama mereka membakar lemang, selepas itu bersama dengan anggota yang menjalankan operasi di kawasan sempadan.

"Begitu juga dengan panglima-panglima saya yang lain, sebagai contoh Panglima Medan akan menyambut lebaran bersama dengan anggota yang menjalankan operasi di Johor," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan penyampaian zakat kepada ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Kem 8 Briged di sini malam tadi.

Turut hadir, Presiden PBTM, Datuk Muhammad Abdul Ghani. Pada majlis tersebut Zulkifeli turut menyampaikan PJM kepada 90 bekas anggota tentera yang berkhidmat pada zaman darurat.

PJM adalah bagi menghargai jasa mereka yang berkorban untuk memastikan keamanan negara terutama ketika menentang pemberontakan komunis.

Zulkifeli berkata, anggota yang bertugas ketika Hari Raya Aidilfitri melakukan pengorbanan yang besar meninggalkan keluarga untuk berada di perbatasan negara.

"Mereka berada di sempadan negara untuk menjaga keamanan meninggalkan anak dan isteri, jadi saya bersama panglima yang lain akan mendekati mereka supaya hari raya disambut dengan penuh bermakna biarpun tanpa kehadiran orang tersayang," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan mengetatkan kawalan di sempadan negara ketika musim perayaan ini bagi mengelak dibolosi oleh pihak tertentu.

"Jangan ingat ketika hari raya aman, jadi kita telah mengambil langkah yang sewajarnya dan mengingatkan anggota kita supaya tidak leka," katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan anggota tentera di sempadan tidak akan ditambah kerana jumlah sedia ada sudah memadai.

Pada masa sama, beliau meminta semua bekas tentera supaya menyertai PBTM bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara.

Katanya, ahli PBTM juga perlu bersatu supaya persatuan itu kuat dan suara mereka didengar oleh kerajaan.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Panglima beraya di perbatasan"

Catat Ulasan