Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 1 September 2010

Lee Kuan Yew

Lee Kuan Yew
frames
Jawatan Perdana Menteri Singapura pertama
Tempoh perkhidmatan 3 Jun 195928 November 1990
Timbalan Toh Chin Chye (1959 - 1965)
Goh Keng Swee (1965 - 1985)
S Rajaratnam (DPM kedua) (1980 - 1985)
Goh Chok Tong (1985 - 1990)
Ong Teng Cheong (DPM kedua) (1985 - 1990)
Menggantikan Goh Chok Tong
Parti politik Parti Tindakan Rakyat
Tarikh lahir 16 September 1923
Tempat lahir Singapura
Pekerjaan Ahli politik


Harry Lee Kuan Yew (lahir 16 September 1923) (Cina: 李光耀, Pinyin: Lǐ Guāng Yào), juga Lee Kwan-Yew, adalah Menteri Mentor Singapura.Lee Kwan Yew pemimpin Singapura yang menjadi penyokong kuat penubuhan Malaysia.

Isi kandungan

Keluarga

Lee Kuan Yew dari keturunan Hakka di China. Beliau dari generasi ke-4 yang berhijrah ke Singapura. Moyangnya Lee Bok Boon berhijrah dari daerah Dapu Guangdong ke Negeri-negeri Selat pada 1862. Ibunya Chua Jim Neo adalah Nyonya Hokkien .

Anak sulung kepada Lee Chin Koon dan Chua Jim Neo, Lee Kuan Yew telah dilahirkan di 92 Jalan Kampung Jawa, di Singapura, di sebuah banglo besar dan berangin. Zaman kanak-kanaknya dia amat dipengaruhi oleh budaya British.terutama dari datuknya, Lee Hoon Leong yang memberi pendidikan Inggeris. Datuknya memberi tambahan nama "Harry" kepada nama Cinanya (diberi oleh bapanya) Kuan Yew. Dia lebih dikenali sebagai "Harry Lee" . Dia mula menggunakan nama Cinanya setelah menceburi bidang politik. Namanya kadangkala disebut sebagai Harry Lee Kuan Yew, walaupun nama ini jarang-jarang digunakan dalam acara rasmi.

Lee dan isterinya Kwa Geok Choo telah berkahwin pada 30 September 1950. Mereka mempunyai dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Beberapa anggota keluarga Lee memegang jawatan terkemuka dalam masyarakat Singapura.Anak lelaki sulung iaitu Lee Hsien Loong bekas Brigadier-General, telah menjadi Perdana Menteri Singapura semenjak 2004. Dia juga menjadi Timbalan Pengerusi Singapura Investment Corporation (GIC). Lee Hsien Yang bekas Brigadier-General merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai SingTel, syarikat gergasi telekomunikasi pan-Asian dan syarikat Singapura yang terbesar dalam bursa saham Singapura, SGX. 56 % saham SingTel dimiliki oleh syarikat Temasek, syarikat induk yang mengawal syarikat seperti Singapore Airlines dan Bank DBS. Temasek Holdings diketuai oleh CEO Ho Ching, isteri Lee Hsieng Loong. Anak perempuan Lee, Lee Wei Ling berkhidmat di National Neuroscience Institute. Isteri Lee Kwa Geok Choo menjadi rakan kongsi bagi syarikat terkemuka Lee & Lee. Abang-abangnya Dennis, Freddy, dan Suan Yew menjadi rakan kongsi firma tersebut. Dia juga mempunyai seorang adik, Monica.

Kehidupan awal

Lee telah dididik di Sekolah Rendah Teluk Kurau dan Raffles Institution. Pendidikan universitinya telah ditangguhkan akibat Perang Dunia Kedua 1942- 1945 berikutan pendudukan Jepun di Singapura. Semasa pendudukan Jepun, dia menjalankan perniagaan pasar gelap menjual ubi kayu perekat dipanggil Stikfas.Dia menjadi editor bahasa Inggeris kepada bahagian propaganda Jepun Hodobu dari 1943 hingga 1944 kerana berkebolehan berbahasa China, Jepun dan bahasa Inggeris.

Selepas perang, beliau belajar undang-undang di Kolej Fitzwilliam, Cambridge di United Kingdom dan mendapat ijazah kelas pertama.Dia kembali ke Singapura pada 1949 sebagai peguam di Laycock & Ong.

Parti Tindakan Rakyat (PAP)

Pengalaman pertama politik Lee di Singapura ialah sebagai ejen pilihan raya bagi bosnya John Laycock di bawah sepanduk pro-British Parti Progresif dalam Pilihan raya 1951 . Bagaimanapun, akhirnya Lee sedar parti politik tidak mungkin dapat banyak sokongan.

Pada 12 November 1954, Lee bersama lelaki kelas pertengahan berpendidikan Inggeris , menubuhkan kelab "sosialis" PAP. Perikatan ini telah digambarkan oleh Lee sebagai satu kahwin mutaah (sementara) , kerana kumpulan berpendidikan Inggeris diperlukan untuk berhadapan dengan kumpulan pro komunis yang sedmakin kuat di Singapura dan Tanah Melayu ketika itu. Parti Komunis Malaya diharamkan oleh undang-undang. Rakyat biasa mahukan pemerintahan sendiri dan menamatkan pemerintahan penjajah British. Satu persidangan sulung telah diadakan di Dewan Peringatan dihadiri lebih 1,500 penyokong dan kesatuan sekerja. Lee menjadi setiausaha agung, sehingga 1992.Pemimpin UMNO Tunku Abdul Rahman dan pemimpin MCA Tan Cheng Lock telah dijemput sebagai tetamu untuk memberi kredibiliti kepada parti baru.

Pembangkang

Lee memenangi kerusi Tanjong Pagar Pilihan raya 1955. Dia menjadi ketua pembangkang menentang David Saul Marshall - Parti Buruh .Dia seorang daripada wakil PAP ke London membincangkan status dan perlembagaan Singapura.Ketuanya ketika itu ialah Lim Yew Hock.Dia sering menyerang pemimpin sebagai tidak cekap dan rasuah. Kedudukan Lee dalam PAP terancam pada 1957 apabila pro komunis mengambil alih jawatan kepimpinan dengan menyerap ahli-ahli palsu.Lim Yew Hock mengarahkan penahanan beramai-ramai mereka yang pro komunis .Lee kembali memegang jawatan sebagai setiausaha agung. Beliau menang di Tanjong Pagar dalam Pilihan raya kecil 1957. Ketika itu diadakanmesyuarat rahsia dengan pemimpin komunis bawah tanah, Fong Chong Pik untuk membentuk kuasa.

Perdana Menteri Singapura

Dalam pilihan raya 1 Jun 1959, PAP memenangi 43 daripada 51 buah kerusi dalam dewan perundangan. Singapura dibenarkan menjalankan pentadbiran dengan kuasa autonomi kecuali bidang pertahanan dan hal-ehwal luar negera.Lee menjadi Perdana Menteri Singapura pertama pada 5 Jun 1959, mengambil alih daripada Ketua Menteri Lim Yew Hock.Sebelum dia mengambil alih, Lee menuntut pembebasan bersyarat Lim Chin Siong dan Devan Nair, yang telah ditangkap lebih awal oleh kerajaan Lim Yew Hock.

Lee berhadapan banyak masalah selepas kerajaan sendiri Singapura daripada British. Ini termasuklah penyediaan infrastruktutr pendidikan, perumahan, dan pengangguran. Lee telah menubuhkan Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB), sebuah agensi yang menyediakan program pembinaan perumahan awam besar.

Penubuhan Singapura

Pada 1961 Perdana Menteri Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan sebuah persekutuan yang akan termasuk Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak yang kini dikenali sebagai Malaysia.

Apabila Malaysia terbentuk pada tahun 1963 di peringkat awal keadaan berjalan lancar. Menjelang tahun 1964 Lee Kwan Yew melahirkan rasa tidak puas hati dengan hak orang Melayu dan mencadangkan konsep Malaysian-Malaysia. Lee turut berkempen untuk percantuman dengan Malaysia dan menamatkan pemerintahan penjajah British. Dia menggunakan keputusan pungutan suara pada 1 September 1962, di mana 70% undi-undi menyokong cadangannya.Semasa Operasi Coldstore , Lee berjaya menghancur puak prokomunis yang dikatakan terlibat dalam aktiviti-aktiviti subversif.

Pada 16 September 1963, Singapura menjadi sebahagian Persekutuan Malaysia. Bagaimanapun, kesatuan ini singkat kerana berhadapan masalah perpaduan. Kerajaan Pusat Malaysia, diperintah oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), yang bimbang dengan kemasukan Singapura kerana majoriti Cina dan cabaran politik PAP di Malaysia. Lee secara terbuka menentang dasar bumiputera dan melaungkan slogan "Malaysian Malaysia". Slogan ini menentang dominasi bangsa Melayu. Hubungan PAP-UMNO semakin tegang. Beberapa pemimpin UMNO mahu Lee ditangkap di bawah ISA. Jika beliau ditangkap, pro komunis akan lebih berkuasa.

Pada tahun 21 Julai 1964 rusuhan kaum berlaku di Kallang Gasworks, di mana 23 orang terbunuh dan ratusan cedera ,Orang Cina dan orang Melayu beramuk.Puncanya sebiji botol dilemparkan kepada satu perarakan Maulidur Rasul . Ada juga yang menyatakan ia dimulakan oleh seorang Melayu. Lebih banyak rusuhan meletus pada September 1964. Perusuh merampas kereta-kereta dan kedai-kedai, memaksa kedua-dua Tunku Abdul Rahman dan Lee Kuan Yew turun padang untuk menenangkan keadaan.Harga makanan juga naik secara mendadak .

Akibat tidak mampu menyelesaikan krisis itu, Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Keputusan itu dibuat oleh Tunku semasa beliau sedang dirawat di London. Lee berkeras dan cuba untuk kompromi, tetapi tidak berjaya. Dia kemudiannya telah diyakinkan oleh Goh Keng Swee kerana pemisahan tidak dapat dielakkan. Lee Kuan Yew menandatangani satu perjanjian pemisahan pada 7 Ogos 1965 , yang membincangkan pemisahan Singapura jdengan Malaysia tetapi meneruskan kerjasama perdagangan dan pertahanan .

Lee mengumumkan pemisahan Singapura daripada Perdsekutuan Malaysia di televisyen pada 9 Ogos 1965.Kegagalan penggabungan merupakan pukulan berat kepada Lee , yang percaya kerana ia penting untuk kewujudan Singapura. Pemisahan ini bukanlah dengan sengaja diadakan dan beliau bukan sengaja memulakan keruntuhan Malaysia.

Sebab lain pemisahan ialah Lee Kwan Yew juga menubuhkan cawangan Parti PAP di Semenanjung Tanah Melayu. Apabila keadaan menjadi semakin genting , Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu menyingkirkan Singapura dari Malaysia walaupun Lee Kwan Yew tidak mahu perkara itu berlaku. Hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan turut terkubur. Langkah berbahaya yang cuba dilakukan oleh Lee Kwan Yew dengan mengajak Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang bergabung dengan Singapura membentuk negara baru. Mujurlah idea ini tidak mendapat sambutan pemimpin negeri berkenaan.

Akhirnya pada 9 Ogos 1965 Singapura telah dipisahkan dengan Malaysia. Sejak dari itu hubungan Malaysia dengan Singapura seringkali berlaku pasang-surut mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kedua-dua rakyat sama ada Malaysia dan Singapura.

Sejak tahun 1965 hingga 1980 Malaysia lebih bersikap lembut tetapi dalam era Mahathir, Malaysia lebih keras hal-hal yang berkaitan dengan kedaulatan negara.

Hubungan dengan Malaysia

Pembatalan Jambatan Bengkok

Lee Kuan Yew memang tidak setuju dengan projek merobohkan Tambak Johor dan membina jambatan baru. Tun Dr Mahathir Mohamad telah berunding dan berutus surat dengan dua bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong pada 4 Mac 2002.Malaysia mahukan jambatan tersebut dan Singapura tidak. Lee brkali-kali menyatakan tidak.

Kerja merobohkan Tambak Johor akan menyebabkan paip air kiri dan kanan dari Johor ke Singapura akan terganggu. Sedangkan Malaysia bertanggungjawab di bawah Perjanjian Air Johor - Singapura 1961 dan 1962, Perjanjian Wayleave dan Perjanjian Pemisahan 1965.Malaysia perlu mendapatkan kebenaran dari Lembaga Kemudahan Awam Singapura (Public Utilities Board atau PUB bagi mengubah kedudukan paip-paip untuk pembinaan jambatan lurus sepenuhnya atau jambatan bengkok.[1]

Realiti Cina Malaysia dan Indonesia

Pada 2 Oktober 2006, Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew menuduh masyarakat Cina di Malaysia dipinggirkan secara sistematik.Tuduhan itu dibuat semasa berbincang dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Larry Summers. Setelah Abdullah Ahmad Badawi minta penjelasan , Lee minta maaf .Beliau tidak ada niat untuk masuk campur dalam politik Malaysia dan malah beliau tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi politik Malaysia atau menghasut orang-orang Cina di Malaysia.Hakikatnya beliau kurang bercakap berbanding apa yang tertulis di dalam bukunya yang diterbitkan pada 1998. Hubungan Singapura dengan Malaysia memang bermasalah selama sedekad sebelum Abdullah.Surat mohon maaf itu disalurkan ke pejabat Abdullah di Putrajaya oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia T. Jasudasen.[2]

Tun Dr Mahathir Mohamad menyanggah tohmahan Lee Kuan Yew.Orang Cina di Malaysia menyangdang jawatan Jeneral, Mejar Jeneral dan sebagainya. Tetapi orang Melayu di Singapura tidak. Malah pendapatan per kapita amat jauh berbanding dengan orang Cina di Singapura. Orang Melayu Singapura ditekan, dipinggirkan dan ditindas.Dia sebenarnya dipinggirkan oleh orang Cina di seluruh dunia.[3]

Rujukan


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Lee Kuan Yew"

Catat Ulasan