Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 1 September 2010

Diplomasi atasi hubungan dengan Indonesia

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Saluran diplomasi yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia perlu digunakan sebaiknya-baiknya supaya hubungan mesra kedua-dua negara dapat dikekalkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau yakin dengan memanfaatkan sepenuhnya saluran diplomasi, ia dapat mengekang cubaan pihak-pihak tertentu untuk mengeruhkan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia.

Tidak dinafikan, katanya, isu persempadanan akan terus timbul namun ia boleh diselesaikan dengan cara baik menerusi kebijaksanaan serta kematangan pucuk pimpinan kedua-dua negara hasil perbincangan melalui saluran diplomasi berkenaan.

"Saya percaya pucuk pimpinan Malaysia dan Indonesia mahu hubungan baik yang telah terjalin ini dikekalkan kerana kerana kita berjiran dan antara cara terbaik ialah menggunakan saluran diplomasi sedia ada.

"Melalui saluran ini, para pemimpin kedua-dua negara boleh berbincang dan seterusnya menyelesaikan setiap isu dengan baik termasuk isu yang menyentuh persempadanan antara kedua-dua negara," katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai beberapa isu berbangkit yang membabitkan hubungan antara kedua-dua negara dan yang terbaru tindakan sekumpulan rakyat Indonesia memijak Jalur Gemilang serta melempar najis manusia di pejabat kedutaan Malaysia di Jakarta.

Ketika ditanya mengenai masih terdapat tenaga Indonesia yang datang ke negara ini secara haram, Hishammuddin menjelaskan, bukan satu perkara mudah mengawal kedatangan mereka berdasarkan pada lokasi geografi kedua-dua negara.

"Dalam perkara ini kerjasama erat serta pemantauan berterusan dari kedua-dua negara amat penting," katanya.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman ketika mengulas isu sama berkata, konflik yang berlaku antara Malaysia dan Indonesia ketika ini dapat diselesaikan menerusi semangat ASEAN.

Beliau berkata, sebagai dua negara berjiran, Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak persamaan dan saling berkongsi keuntungan dalam pelbagai aspek.

"Saya yakin dan percaya kedua-dua negara mampu menyelesaikan konflik yang timbul melalui perbincangan dua hala dan tidak memerlukan campur tangan pihak lain.

"Ini yang berlaku sekarang. Setakat ini kita mampu duduk bersama dan berbincang untuk mencari penyelesaian kepada setiap permasalahan dengan sebaik mungkin," katanya.

habis


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Diplomasi atasi hubungan dengan Indonesia"

Catat Ulasan