Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 1 September 2010

Demonstrasi anti-Malaysia tindakan terdesak

KUALA LUMPUR: Individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Melayu menyifatkan tindakan kumpulan yang menyokong gerakan Ganyang Malaysia di Indonesia yang turut mengancam memboikot produk negara ini sebagai terdesak dan tidak sensitif.

Berikutan itu, mereka mahu pihak berkuasa Indonesia, mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab menganjurkan demonstrasi agresif yang turut menyaksikan bendera Malaysia dibakar dan Kedutaan Malaysia di Jakarta dibaling dengan najis.
Presiden Hindu Sanggam Malaysia, RS Mohan Shan, berkata isu itu perlu ditangani segera supaya tidak menjejaskan hubungan baik antara kedua-dua negara. Katanya, isu sensitif harus diselesaikan melalui rundingan bersandarkan semangat kejiranan dan serumpun Malaysia-Indonesia.

Bekas Presiden Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao, Datuk A Vaithilingam berharap pemimpin kedua-dua negara mengadakan perbincangan serius untuk menyelesaikan isu itu untuk jangka masa panjang.

Bagi Prof Dr Teo Kok Seong dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau sedih dengan insiden yang tidak sepatutnya berlaku selain menyifatkan kumpulan penunjuk perasaan itu sebagai terdesak kerana faktor kemiskinan.

"Semua tahu mereka yang menunjuk perasaan itu diupah pihak tertentu. Ia tindakan tidak berpandangan jauh dan terdesak mendapatkan wang bagi menyara keluarga mereka," katanya yang meminta rakyat Malaysia bersikap rasional dan tidak bertindak balas terhadap isu itu.
Dr Sucharit Pong Prak Yun yang berketurunan Siam dan bertugas di Hospital Likas, di Sabah berkata isu sensitif perlu diselesaikan menggunakan saluran diplomatik dan bukan demonstrasi jalanan atau tindakan memboikot yang boleh menjejaskan ekonomi kedua-dua negara.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Demonstrasi anti-Malaysia tindakan terdesak"

Catat Ulasan