Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 30 Ogos 2010

Rejimen Askar Wataniah

Rejimen Askar Wataniah
Logo Rejimen Askar Wataniah CS3.png

Logo Rejimen Askar Wataniah
Aktif 1 Jun 1958 (ditubuhkan)
Negara Bendera Malaysia Malaysia
Kesetiaan Tentera Darat Malaysia
Jenis Pasukan simpanan sukarela
Peranan Sebagai pasukan pelapis kepada Tentera Darat Malaysia.
Pusat latihan PUSWATAN, Ipoh, Perak
Motto "Berkhidmat Untuk Negara"


Rejimen Askar Wataniah (Singkatan: AW; Inggeris = Territorial Army Regiment; Cina =国土防卫後備军团; pinyin=guótǔ fángwèi hòubèi jūntuán)merupakan pasukan simpanan di dalam Tentera Darat Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat. Rejimen Askar Wataniah merupakan benteng terakhir tentera darat dalam medan pertempuran. Rejimen Askar Wataniah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Jun 1958.

Rejimen Askar wataniah merupakan Rejimen yang di tugaskan sebagai barisan kedua dalam mempertahankan kedudukan negara dari sebarang ancaman musuh negara. Rejimen ini di latih sepenuhnya oleh angkatan tentera malaysia yang bertugas sebagai anggota tetap. Segala bentuk latihan yang di berikan adalah berdasarkan pada latihan yang di berikan kepada anggota tetap.

Anggota Rejimen Sempadan sedang mengawasi perbatasan.

Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah badan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua dalam mempertahankan negara kita yang tercinta. Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara.HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.

Penyertaan rakyat dalam Angkatan Sukarela di Semenanjung Malaysia bermula semenjak 1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), Pasukan Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay States Volunteer Force (UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat pula ialah The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).

Pasukan-pasukan Sukarela telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya semasa dalam Peperangan Dunia Kedua, darurat 1948-1960 dan konfrontasi. Semasa darurat ia dikenali sebagai 'Home Guard'. Pasukan ini telah disusun semula sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 Jun 1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar Wataniah Malaysia.

Ketua Platun Rejimen Sempadan sedang memberi taklimat penugasan.

Matlamat latihan AW adalah untuk menyediakan satu Angkatan Sukarela Tentera Darat yang mampu dikerah tenaga dan diaturgerakkan dalam masa yang singkat serta berupaya menjalankan tugas operasi tanpa memberikan banyak gangguan kepada ekonomi dan penghidupan sosial negara. Dengan itu, pendekatan latihan ialah untuk melatih pegawai dan anggota Sukarela dengan pengetahuan ilmu ketenteraan supaya mempunyai kemahiran dan sikap positif untuk melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan sesuai dengan peranan Kor masing-masing. Dalam konteks perkembangan AW ke arah tahun 2000, peranan dan tugas AW adalah selari dengan peranan Angkatan Tetap. Oleh itu, setiap pihak yang terlibat harus menyedari tanggungjawab masing-masing dan memahami segala aspek yang berkaitan dengan latihan supaya matlamat AW dapat dicapai dengan sempurna.

Isi kandungan

Sejarah

Unit sukarela di Tanah Melayu

Pada 1861, unit sukarela tentera darat negeri-negeri Selat telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan nama Penang Volunteers. Unit sama juga telah ditubuhkan di Singapura. Pada 1902, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS) yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah mula menubuhkan unit sukarelanya sendiri yang dikenali sebagai Malay State Volunteer Rifles (MSVR).[1]. Pasukan sukarela ini kemudian terus berkembang dengan penubuhan beberapa pasukan baru seperti Malay Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), 'Unfederated Malay States Volunteer Force (UFMSVF) dan Straits Settlement Volunteer Force (SSVF). Setelah tercetusnya Perang Dunia II, kesemua unit-unit sukarela ini telah diaturgerak dan berganding bahu bersama-sama pasukan tentera tetap dari Britain, India dan Australia untuk mempertahankan Tanah Melayu dan Singapura.

Perang Dunia II

Selepas Perang Dunia II tamat, pasukan-pasukan sukarela yang telah wujud sebelum ini telah dihidupkan semula. Semasa berlakunya Darurat Tanah Melayu pada 1948, satu pasukan sukarela iaitu Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) telah ditubuhkan. Pasukan Kawalan Kampung ini telah memainkan peranan yang penting sepanjang masa darurat tersebut.

Pada 1958, Pasukan Kawalan Kapung ini telah dibubarkan setelah keadaan keselamatan telah berjaya dikawal dan dipulih semula. Bagaimanapun, memandangkan ramai bekas anggota Pasukan Kawalan Kampung mahu terus menyumbang khidmat sukarela, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengambil keputusan untuk menyusun semula pasukan sukarela supaya ia lebih tersusun dan berkesan. Oleh itu, Ordinan Tentera Darat Simpanan telah digubal pada 1958. Dengan kuasa ordinan ini, sebuah pasukan sukarela yang baru yang dikenali dengan nama Askar Wataniah telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Jun 1958.

Elemen-elemen dalam Rejimen Askar Wataniah

Terdapat beberapa pecahan elemen dalam struktur askar wataniah. Antaranya adalah;

  • Tempur
  • Bantuan tempur
  • Bantuan perkhidmatan
  • Pakar
  • PALAPES
  • Pengurusan sempadan

Setiap kor dan rejimen dalam Tentera Darat Malaysia memiliki pasukan askar wataniahnya sendiri kecuali Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Rejimen Gerak Khas (GGK) dan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Elemen pakar adalah bidang khusus tertentu di dalam wataniah. Contohnya. Pakar pelabuhan, pakar semboyan, pakar bekalan air, pakar stesen janakuasa elektrik. PALAPES adalah pasukan melatih kadet yang terdiri dari mahasiswa untuk ditauliahkan sebagai pegawai askar wataniah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Pasukan Kerahan (Siri 300) adalah pasukan wataniah yang berkhidmat sepenuh masa. Tugasnya sama seperti pasukan tetap. Cawangan latih ialah pasukan yang melatih sekumpulan atau sesaorang untuk direkrutkan menjadi askar wataniah. Setiap Pasukan wataniah dibawah pengurusan Rejimen Askar Wataniah (RAW), kecuali bantuan tempur. bantuan perkhidmatan dan elemen pakar.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Rejimen Askar Wataniah"

Catat Ulasan