Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 30 Ogos 2010

Kor Agama Angkatan Tentera

Kor Agama Angkatan Tentera
KAGAT
Logo Kor Agama Angkatan Tentera.jpg

Logo Kor Agama Angkatan Tentera
Aktif 16 April 1985 (rasmi)
Negara Bendera Malaysia Malaysia
Kesetiaan Angkatan Tentera Malaysia
Cawangan Tentera Darat Malaysia
Komander
Pengarah Brigedier Jeneral Haji Kamarudin bin Mamat


Kor Agama Angkatan Tentera atau KAGAT merupakan kor ke-16 yang ditubuhkan di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kor ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 April, 1985. Meskipun KAGAT merupakan sebuah kor di dalam Tentera Darat Malaysia, penugasannya merangkumi kesemua cabang Angkatan Tentera Darat iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Sejarah

Penubuhan KAGAT bermula pada tahun 1979 dan apabila cadangan penubuhannya diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera Malaysia (MAT) semasa mesyuaratnya ke 197 iaitu pada 24 Januari, 1980. Pada 29 November 1984, MAT meluluskan Skim Perkhidmatan KAGAT. Pada 16 April, 1985 setelah mendapat perkenan SPB Yang Dipertuan Agong Ke-8, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, KAGAT dengan itu ditubuhkan secara rasmi. Pada 29 Mac, 1986 MAT telah meluluskan Syarat-Syarat Pertukaran Perkhidmatan Pegawai Hal Ehwal Agama Islam yang berada di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam kepada KAGAT.

Pengarah KAGAT

  1. Brigedier Jeneral Haji Kamarudin bin Mamat (9 April 2009 hingga sekarang)
  2. Mejar Jeneral (B) Dato' Haji Jamil Khir bin Haji Baharom (06 Okt 2005 hingga 9 April 2009)
  3. Brigedier Jeneral (B) Dato' Haji Najmi bin Haji Ahmad (1 Jul 1995 hingga 06 Oktober 2005)
  4. Brigedier Jeneral (B) Dato' Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin (1 Nov 1986 hingga 30 Jun 1995)

Pautan luar


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Kor Agama Angkatan Tentera"

Catat Ulasan